Friday, September 14, 2018

Sang Puteri Inspirasi Hati (bab 2)

             Aku tinggal di sebuah banglo mewah yang bersebelahan dengan pantai yang bersinar bagaikan permata di bawah cahaya matahari dan deruan ombak yang menenangkan. Pembantu rumahku mengejutku saat pagi menjelang tiba. "Cik Emmalynnae,bangun sudah pagi. Bersiap-siap untuk ke sekolah. Dah pukul 6 pagi," kejut pembantuku. "Emm... baiklah," jawabku. Aku terus mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh kemudian terus mencapai tuala untuk mandi.

             Aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Aku menikmati sarapan pagi bersama papa. Suasana di meja makan sangatlah senyap walaupun kesemua pembantu mengelilingi meja tersebut. Papa bersuara, "Emma... papa harus menemankan raja untuk ke negeri jiran kerana-,". "Tidak usah menerangkannya lagi. Emma tahu papa tidak sayangkan mama dan Emma. Mama baru sahaja pergi meninggalkan kita! Papa pula hanya fikirkan tentang kerja,kerja,kerja!" Aku tidak pernah kisah dan faham tentang pekerjaan papaku sebagai penasihat diraja tetapi... bukankah ini keterlaluan?

             
"... dan papa akan pergi buat masa yang sangat lama. Jadi,kamu akan berada di bawah penjagaan pemaisuri memandangkan kamu masih kecil lagi untuk menguruskan diri dan papa tiada kenalan lain selain raja," HAH?! Apakah semua ini? Aku akan tinggal bersama dengan kerabat diraja?
                                                      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

               
Aku tidak dapat memberikan tumpuan kepada apa yang diajarkan oleh guruku. Fikiranku runsing. Mama... andai mama ada di sini lagi pasti takkan aku lepaskan segala peluang untuk bersamanya. Mengapa semua ini harus terjadi saat aku masih lagi di alam remaja? Saat-saat aku untuk mencari diriku yang sebenar. Segala janji yang ku katakan kepada mamaku tidak dapat aku kotakan.


                "Mama,dah besar nanti Emma akan berikan mama sebuah kapal terbang peribadi supaya kita sekeluarga dapat meneroka dan melancong bersama-sama,"..." Mama,dah besar nanti Emma akan menjadikan impian mama menjadi kenyataan untuk membuka sebuah pusat khas kepada golongan yang tidak bernasib baik," Argh,segala kataku kepada mama bermain dalam fikiranku!


               "Mari kita lihat pelajar contoh kita menjawab soalan ini. Emma,boleh kamu datang ke hadapan dan jawab soalan ini?" kata guruku. Segala fikiranku lesap saat guruku meminta aku untuk menjawab soalan di hadapan. "Ah.. emm.. s-saya.. ah.. saya minta maaf. Saya tidak menumpukan perhatian sebentar tadi," kataku dengan gagap sekali. "Emma,saya tahu kamu ialah pelajar contoh dan kamu dapat memahami semua ini hanya dengan sekilas pandang sahaja. Tetapi,kamu jangan terlalu selesa dengan pencapaian kamu sekarang. Jangan jadi sombong. Segala apa yang kamu ada boleh hilang dengan sekelip mata sahaja,"

                Loceng berbunyi. Akhirnya aku dapat pergi dari tempat ini. Semua pelajar berbisik-bisik saat aku berjalan menuju ke tempat menunggu. "Eh,dengar tak cerita yang mama Emma sudah meninggal dunia?"... "Apa? Kasihannya. Tentu susah buatnya untuk mengharungi hidupnya lagi. Tetapi,ini juga berita baik kerana aku dapat mengambil gelaran Emma sebagai pelajar contoh,"... "Pasti ini terjadi kerana mamanya tidak sayangkan Emma lagi. Hahaha..." Aku dengar apa yang kamu semua katakan. Berhenti,berhenti,berhenti... Apakah ini? Mengapa pipiku terasa basah? Air mata sudah berlinang di pipiku. Alhamdulillah,pemanduku sudah tiba. Tak usah lagi aku mendengar kata-kata mereka yang bongkak ini.


                 
Akhirnya,tiba juga di rumah. Aku hanya ingin ke bilik aku dan menangis. Aku tidak mahu fikirkan tentang semua ini lagi. Tiba-tiba,papa muncul di muka pintu menyambutku pulang. Tidak pernah aku lihat papa sebegini. Ah,siapa kisah papa mesti sengaja berkelakuan sebegini kerana perkara yang terjadi pagi tadi. Esok,lusa papa pasti akan lakukan perkara yang biasa. "Bagaimana dengan sekolah tadi? Sebelum itu,papa ingin ingatkan kamu bahawa esok kamu akan ke istana. Jadi,kamu harus bersiap dengan kemas," kata papa. 



           


No comments:

Post a Comment