Wednesday, September 6, 2017

Sang Puteri Inspirasi Hati (bab 1)

     Hari ini,aku akan menceritakan kepada semua tentang kisah silamku yang takkan pernah dilupakan. Ianya bermula saat aku kehilangan mama pada umur 14 tahun. Hubungan aku dan mama sangatlah rapat sehingga aku tidak boleh terlepas dengannya. Saat itu,aku hendak mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun. Aku menunggu mama dengan riak wajah yang gembira.. tetapi sudah 1 jam aku menunggu masih tidak kelihatan kelibat mama. Aku mengambil keputusan untuk mengambil keputusan tersebut sendiri.
       
        Aku tersentap seketika saat melihat keputusanku. Aku tergamam. Aku mendapat keputusan CEMERLANG!!! Aku mendapat A dalam semua subjek yang aku duduki. Aku teriak kegembiraan. Selepas itu,aku menunggu di pondok,tidak sabar ingin menceritakannya kepada mama. Pasti mama akan gembira! Kemudian,aku terlihat sebuah kenderaan yang aku kenali iaitu kenderaan pemanduku. Aku hairan. Bukankah sepatutnya mama yang menjemputku? Pemanduku keluar dari kereta dengan riak wajah yang sedih... "Cik,saya ada berita yang menyedihkan. Saya harap cik dapat bersabar," kata pemanduku. "Kenapa ni? Beritahu je lah betul-betul!" marahku. "Cik kehilangan seorang insan tercinta. Cik Puan telah kemalangan saat dia hendak kemari. Dia juga telah mengatakan betapa terujanya dia untuk melihat keputusan anaknya. Dia percaya anaknya memperoleh kejayaan disebabkan doanya yang tak pernah terhenti. Dia juga ada membuatkan kek kesukaan cik," 
   
          Aku bagaikan hilang tentu arah. Keputusan peperiksaanku terbang ditiup angin yang kencang. Aku tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakannya lagi. 'Di mana tempatku ingin mengadu? Di mana tempatku ingin bermanja? Di mana tempatku ingin meneruskan hidupku?!' Kelihatan setitis air keluar dari mata membasahi pipi. Segala memori diimbasi kembali. "Kenapa harus kau mengambil mama? Kenapa?! Kemana lagi harus aku berjalan?! Kenapa Ya Allah... kenapa.. mengapa kau tidak mengambil nyawaku sahaja.."

           Aku pulang ke rumah. Kelihatan kelibat papa bersama raja,pemerintah di sini datang menziarahi sambil membacakan Yasiin untuk mama. Aku segera bersiap kemudian mengikuti upacara pengebumian. Aku ke dapur. Sambil berjalan,aku menangis melihat ke bawah sambil cuba untuk memujuk diri sendiri. Tiba-tiba aku terlanggar sesuatu. Mujurlah aku senpat menangkap barang tersebut. Barang yang dilanggar merupakan kek buatan mama. Aku terharu dan menjamah kek tersebut. Air tangan mama tiada siapa dapat tandingi keenakannya. 

            Papa menuju ke dapur untuk meminum beberapa gelas air masak. Papa terlihatku. Aku hanya memalingkan muka dari papa saat papa melihatku. "Sayang... jangan macam ni. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Aĺlah lebih sayangkan mama," kata papaku. "Ye lah papa. Papa di mana selama ini? Papa jarang dapat balik awal. Papa,mama menunggu papa setiap hari untuk makan malam. Bila papa kata papa banyak kerja lagi,riak mama berubah tetapi dia tetap senyum bila terlihat saya ada!" aku melepaskan segala rasa marah yang sudah lama terpendam di hati. "Papa bekerja sayang," jawab papaku. "Kerja ataupun keluarga? Mana lagi penting?" Aku terus pergi meninggalkan papaku dan terus mengunci di dalam bilik.

               Tetapi,itu semua hanyalah permulaan kisahku ini. Nama aku Emmalynnae binti Yaakob. Aku berumur 15 tahun. Aku ialah seorang gadis bangsawan yang tinggal di sebuah kerajaan yang sangat tenteram dan harmoni. Aku anak tunggal kepada mama dan papa. Akulah racun dan penawar dan aku dihantui kisah peninggalan mama.
                                               ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                "Betulkah ada orang akan datang sini?" soal Puteri Arabella kepada Raja Muhammad Qayyum II.
               


1 comment:

  1. Wow wow wowwwwww sambung lah lagiiiiiii😋😋😋😋-amanda

    ReplyDelete