Sunday, September 16, 2018

Sang Puteri Inspirasi Hati (bab 3)

                  Aku berlari ke bilikku dan berterusan memujuk diri. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa ramai orang yang di sekolah tidak suka pada aku. Aku dikenali dengan 'dark vibe' bukan kerana aku melakukan perkara yang jahat. Tidak. Tetapi kerana aku sering melayan rakanku dengan dingin sekali. Aku sentiasa bermuka selamba dan sering menyendiri. Tetapi,aku bukan selalu sebegini. Dahulu,aku sangat peramah,periang dan disenangi ramai. Tetapi,ramai yang suka mengambil kesempatan terhadap kekayaan dan kepandaianku. "Lynn,boleh tak awak belanja saya sehelai baju yang menjadi trend itu? Saya janji akan menjadi kawan baik awak jika awak belikan saya baju itu. Lagipun,awak kaya. Setakat sehelai baju,duit awak tidak akan kurang sedigit pun," kata seorang gadis yang bergelar 'sahabatku'.

                  Semasa aku di sekolah rendah,aku merupakan seorang pelajar yang bersahsiah dan berkerja keras. Aku mengisi kebanyakan masaku hanya untuk belajar. Tetapi,aku tidak mengambil mana-mana kelas tambahan ataupun tuisyen kerana aku lebih selesa belajar bersendirian dan bertanya kepada guru jika ada apa-apa yang tidak aku fahami. Pernah seketika dahulu saat guruku memberikan kerja rumah yang agak mencabar. Aku telah pun siap dan bersedia untuk menghantarnya. Namun... "Lynn,boleh tak awak beri saya pinjam kerja sekolah awak? Saya pergi ke konsert artis kegemaran saya semalam,"... aku tahu perkara itu salah. Jadi,aku harus menegakkan kebenaran. "Bukankah kerja rumah diberi bertujuan untuk mengasah pemikiran kita? Jadi,kita sepatutnya melengkapkannya mengikut masa yang diberikan. Jika ada apa-apa soalan yang awak tidak faham,saya dapat membantu kerana meniru itu perkara adalah yang salah," Adakah ini perkara yang betul? Huff..huff.. aku rasa sangat gementar. "Kau tidak perlu berikan ceramah kepada kami. Kalau kau tak mahu beri pinjam,katakan sahaja! Mentang-mentanglah kau budak pandai,kau tidak mahu menolong kami," Salahkah tindakan aku itu? Aku hanya menegakkan keadilan.

                 
Sejak itulah aku mula menjauhkan diri dari 'rakan-rakanku'. Aku mula menyendiri dan menukar identiti aku dari 'Lynn' kepada 'Emma' saat aku di sekolah menengah. Kerana ini adalah aku yang baru. Tetapi,aku ada seorang rakan yang masih setia denganku. Nama dia Aidasya. Dia sering membantuku ketika waktu susahku dan aku tidak mahu kehilangannya. Aku berkawan dengannya dari sekolah rendah dan dia adalah seorang rakan yang baik dan bukan seperti parasit-parasit itu. Aidasya berada tiga kelas kebelakang dariku. Dia agak lasak dan hidup dengan peraturannya sahaja. Dia tidak suka diperintah lagikan memerintah. Walaupun Aidasya mempunyai personaliti yang agak kelakian,dia ada minat pada seseorang dari kelasku,namanya Fayyadh. Alhamdulillah... syukur pada tuhan aku masih ada seseorang yang ikhlas berkawan denganku.

                                              ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                Tanpa aku sedari aku terbangun dari tidur apabila mendengar azan asar berkumandang dari masjid berdekatan. "Allahuakbar,aku terlepas solat zohor dan juga makan tengah hari," rungutku. Aku menyempurnakan segala kewajipan aku sebagai seorang Muslim dan segera mengemaskan barang-barang yang harus dibawa ke istana memandangkan aku akan berulang-alik ke sekolah dari sana. Kepala aku terasa ringan. Menangis ini sangat membantu aku menghilangkan stress. Tok,tok,tok! Pembantu menjemputku ke taman di belakang bangloku untuk minum petang. Aku menukar baju sekolahku yang sudah berbau itu lalu segera ke taman.

                 
"Emma,kamu terlepas makan tengah hari. Kamu rasa kurang sihat ke?" papa bersuara saat aku menarik kerusi untuk duduk. 'Sekurang-kurangnya berilah aku duduk dahulu,' suara hatiku. "Emma tertidur tadi papa," jawabku ringkas. "Oh,sebelum itu. Papa sudah menempah baju untuk kamu pakai esok. Baju itu papa sudah arahkan pembantu kita untuk letakkan di dalam almari kamu. Sekejap lagi kamu boleh tengok," Aaa,terujanya! Apa agaknya rupa istana di dalamnya pasti bagaikan cerita-cerita dongeng yang selalu dikatakan.

No comments:

Post a Comment