Monday, June 8, 2015

Teringin menjadi puteri lagi



            Aku memang angan-angan ingin menjadi seorang puteri. Tetapi,itu hanya angan-angan sahaja. Aku selalu sangat tonton cerita Barbie atau cerita kegemaranku. Just because I'm wearing a beautiful dress,I think I'm a princess.

           Aku sudah darjah lima masih lagi angan-angan nak jadi princess lah sangat. Aduhai... tak tahu ke aku ni dah besar. Tapi,dalam sudut hati aku teringin nak memakai gaun,rantai,gelang,cincin dan macam-macam aksesori lagi. Selalu sangat aku pergi Google untuk melihat gambar mahkota.

        Mungkin sekejap sahaja angan-angan ni. Tetapi,susahnya nak melepaskan. Sepatutnya,aku manfaatkan masa kecil ni untuk aku belajar,bukan berangan! Cita-cita aku nak menjadi doktor bukan 'princess'.

        Kawan-kawan pun ada yang suka nak buat aku naik angin,just because I tell them that I want to be a princess. Ada yang mengatakan aku kuat berangan,tak sedar diri macam-macam lagilah. Tetapi,satu je yang aku nak cakap "tak salah kalau kita jadi diri sendiri,walaupun orang kata tak masuk akal".

         Orang lain pun mesti ada apa yang dia suka,walaupun dia tahu tu tak masuk akal. Sebernanya,aku teringin sangat kawan yang setia dengan aku. Yang sedia mendengar cerita aku yang tak masuk akal.

Wednesday, June 3, 2015

Cintaku

Cintaku bak permata
Cinta suka bak permainan
Cinta pangkat bak gurauan
Cinta rupa bak senyuman
Cinta kesian bak derita
Cinta mainan bak angin yang bertiup kencang
Cinta sayang bak kelembutan
Cinta paksaan bak tiada makna
Cinta tipu bak kesedihan
Cinta monyet bak loncatan
Cinta setia bak kediamaian
Cinta sejati bak kekekalan buat selama-lamanya...
<3

DISEBALIK ITU

Disebalik gembiraku ada kesedihan
Disebalik sukaku ada duka
Disebalik bahagiaku ada derita
Disebalik senyumku ada perit
Disebalik manisku ada masam
Disebalik tanggisanku ada cerita
Disebalik sayangku ada benci
Disebalik jujurku ada tipu
Disebalik kebaikkanku ada keburukan
Disebalik baikku ada jahat
Disebalik harapanku ada kemusnahan

Disebalik syurgaku ada neraka

Tetapi,satu hari nanti akan ku hapuskan perasaan ini.