Thursday, September 20, 2018

Kunci kereta kia hilang?!

               Harini balik sekolah awal sebab ada solat hajat untuk budak PT3 dan SPM. So,waktu Haleeda selalu balik ialah 6.45 petang tapi harini Haleeda balik pukul 5.25 petang. Lepas solat asar Haleeda call ayah suruh ambik Haleeda kat sekolah sebab sekolah dah habis. Alangkah indahnya apabila hujan turun dengan begitu lebat sekali dengan kilat menyambar-nyambar dekat Bandar Putra. Ayah pulak cakap suruh tunggu hujan reda. Sekarang ni dah maghrib nak masuk isyak,hujan masih tak reda-reda lagi. Cuba bayangkan kalau ayah suruh Haleeda tunggu hujan reda...

                Nasib baik ada penyelamat datang membantu. Huahuahua... Amanda datang tanya "Awak dapat tak call ayah awak? Kalau ayah awak tak dapat ambik,biar kita hantar awak balik," Alangkah bertuahnya Haleeda sebab Allah turunkan bidadari dari langit untuk tolong Haleeda balik sekolah. Berbunga-bunga hati Haleeda nak terima. Tapi,masa tu Haleeda fikir sebab Haleeda dah call ayah so Haleeda kena tunggu ayah. Tapi,Allah gerakkan hati Haleeda untuk naik Amanda jugak.

                Kitorang redah hujan yang lebat tu sampai basah kuyup baju Haleeda ngan Amanda. Alhamdulillah... mak Amanda kasik tumpangkan Haleeda balik. Siapakan tahu apa yang sedang terjadi kat rumah masa tu? Haleeda call ayah suruh tak payah ambik Haleeda sebab dah ada orang tumpangkan. Ayah dengar lega bila Haleeda cakap macam tu. Lagipun,ayah tak suka bawak kereta pergi sekolah sebab kena beratur panjang.

                Lepas sampai kat rumah Haleeda tengok Abang Azam macam nak buka-buka pintu kereta Kia. Hmm,apa yang tengah terjadi? Siapa kisah Haleeda nak mandi takut demam nanti. Abang Azam nak bawa kereta Kia pergi jalanlah kot sebab hujan,tak boleh bawak motor. Haleeda mandi dan turun bawah nak masak nuget tempura sebab dah lapar sangat.

               Bila Haleeda turun bawah je Abang Azam tanya kat Haleeda,"Haleeda tahu tak kat mana kunci spare kereta Kia?" Manalah Haleeda tahu kat mana. Bentuk kunci tu pun Haleeda tak tahu dan tak pernah sentuh pun. bruhh... "Kereta Kia terkunci dari dalam masa ayah nak ambik Haleeda tadi," Oh,terharunya! Abang Azam dan ayah struggle nak cari kunci kereta kia berpunca daripada Haleeda. Haleeda pulak termenung je dari tadi nak main Minecraft.

              Cari-cari punyalah cari sampai ke lubang tikus,eh bukan lubang tikus tapi dekat longgokan baju. Akhirnya.... tak jumpa-jumpa jugak. Ayah sampai nak putus asa. Azan maghrib pun berkumandang. Abang Azam bang dekat tingkat atas. Kitorang solat maghrib berjemaah macam biasa. Kitorang dah tak boleh nak buat apa-apa lagi. Hanya bertawakal kepada Allah.

             Abang Khaleed parkir motor dekat dalam pagar lepastu tanya apa yang sedang terjadi. Abang Khaleed pun tolong kitorang cari. Mula-mula kat robok Abang Pyan. Lepastu dekat kabinet dapur sebab kunci tu selalu alih-alih sebab ayah tak nak Abang Khaleed curi-curi bawa kereta pergi dating ngan awek dia (Kak Qira). Akhirnya,Abang Khaleed menggunakan kuasa mata dia dan cari dekat rak buku.

              Abang Khaleed menarik keluar caroom punya bekas letak chess dan ta-da! Kunci spare kereta Kia terpacak kat situ. "Ni hah ada ni,"  Magis apakah yang Abang Khaleed gunakan? Ajarlah Haleeda. Kena baca apa-apa mantera ke? Mata kaji sena inseng... inilah Abang Khaleed. Magik Abang Khaleed!

               "Ayah! Look what I got here (I mean,look what Abang Khaleed got here)," Haleeda cakap kat ayah sambil goyang-goyangkan kunci kereta Kia dekat tangan Haleeda. "Uishh.. magis apa Abang Khaleed guna? Ayah dah cari dah kat situ tapi tak jumpa-jumpa," Akhirnya,kereta Kia dah dapat dibuka. Mak tak payahlah panggil orang cina buat kunci tu dekat dengan Putras Maju tu. Ayah senyum-senyum dari tadi macam kerang busuk. Suka le tuw!

Tuesday, September 18, 2018

Announcement

             













               Sang Puteri Inspirasi Hati been moved into another blog under certain circumstances. Any mistakes made here been corrected in Sharp Pen and I recommend to read it from the first chapter.
                                                       haleedasaufi.blogspot.com
                       












                                                                   ~ Thank You ~

Sunday, September 16, 2018

Sang Puteri Inspirasi Hati (bab 3)

                  Aku berlari ke bilikku dan berterusan memujuk diri. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa ramai orang yang di sekolah tidak suka pada aku. Aku dikenali dengan 'dark vibe' bukan kerana aku melakukan perkara yang jahat. Tidak. Tetapi kerana aku sering melayan rakanku dengan dingin sekali. Aku sentiasa bermuka selamba dan sering menyendiri. Tetapi,aku bukan selalu sebegini. Dahulu,aku sangat peramah,periang dan disenangi ramai. Tetapi,ramai yang suka mengambil kesempatan terhadap kekayaan dan kepandaianku. "Lynn,boleh tak awak belanja saya sehelai baju yang menjadi trend itu? Saya janji akan menjadi kawan baik awak jika awak belikan saya baju itu. Lagipun,awak kaya. Setakat sehelai baju,duit awak tidak akan kurang sedigit pun," kata seorang gadis yang bergelar 'sahabatku'.

                  Semasa aku di sekolah rendah,aku merupakan seorang pelajar yang bersahsiah dan berkerja keras. Aku mengisi kebanyakan masaku hanya untuk belajar. Tetapi,aku tidak mengambil mana-mana kelas tambahan ataupun tuisyen kerana aku lebih selesa belajar bersendirian dan bertanya kepada guru jika ada apa-apa yang tidak aku fahami. Pernah seketika dahulu saat guruku memberikan kerja rumah yang agak mencabar. Aku telah pun siap dan bersedia untuk menghantarnya. Namun... "Lynn,boleh tak awak beri saya pinjam kerja sekolah awak? Saya pergi ke konsert artis kegemaran saya semalam,"... aku tahu perkara itu salah. Jadi,aku harus menegakkan kebenaran. "Bukankah kerja rumah diberi bertujuan untuk mengasah pemikiran kita? Jadi,kita sepatutnya melengkapkannya mengikut masa yang diberikan. Jika ada apa-apa soalan yang awak tidak faham,saya dapat membantu kerana meniru itu perkara adalah yang salah," Adakah ini perkara yang betul? Huff..huff.. aku rasa sangat gementar. "Kau tidak perlu berikan ceramah kepada kami. Kalau kau tak mahu beri pinjam,katakan sahaja! Mentang-mentanglah kau budak pandai,kau tidak mahu menolong kami," Salahkah tindakan aku itu? Aku hanya menegakkan keadilan.

                 
Sejak itulah aku mula menjauhkan diri dari 'rakan-rakanku'. Aku mula menyendiri dan menukar identiti aku dari 'Lynn' kepada 'Emma' saat aku di sekolah menengah. Kerana ini adalah aku yang baru. Tetapi,aku ada seorang rakan yang masih setia denganku. Nama dia Aidasya. Dia sering membantuku ketika waktu susahku dan aku tidak mahu kehilangannya. Aku berkawan dengannya dari sekolah rendah dan dia adalah seorang rakan yang baik dan bukan seperti parasit-parasit itu. Aidasya berada tiga kelas kebelakang dariku. Dia agak lasak dan hidup dengan peraturannya sahaja. Dia tidak suka diperintah lagikan memerintah. Walaupun Aidasya mempunyai personaliti yang agak kelakian,dia ada minat pada seseorang dari kelasku,namanya Fayyadh. Alhamdulillah... syukur pada tuhan aku masih ada seseorang yang ikhlas berkawan denganku.

                                              ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                Tanpa aku sedari aku terbangun dari tidur apabila mendengar azan asar berkumandang dari masjid berdekatan. "Allahuakbar,aku terlepas solat zohor dan juga makan tengah hari," rungutku. Aku menyempurnakan segala kewajipan aku sebagai seorang Muslim dan segera mengemaskan barang-barang yang harus dibawa ke istana memandangkan aku akan berulang-alik ke sekolah dari sana. Kepala aku terasa ringan. Menangis ini sangat membantu aku menghilangkan stress. Tok,tok,tok! Pembantu menjemputku ke taman di belakang bangloku untuk minum petang. Aku menukar baju sekolahku yang sudah berbau itu lalu segera ke taman.

                 
"Emma,kamu terlepas makan tengah hari. Kamu rasa kurang sihat ke?" papa bersuara saat aku menarik kerusi untuk duduk. 'Sekurang-kurangnya berilah aku duduk dahulu,' suara hatiku. "Emma tertidur tadi papa," jawabku ringkas. "Oh,sebelum itu. Papa sudah menempah baju untuk kamu pakai esok. Baju itu papa sudah arahkan pembantu kita untuk letakkan di dalam almari kamu. Sekejap lagi kamu boleh tengok," Aaa,terujanya! Apa agaknya rupa istana di dalamnya pasti bagaikan cerita-cerita dongeng yang selalu dikatakan.

Friday, September 14, 2018

Sang Puteri Inspirasi Hati (bab 2)

             Aku tinggal di sebuah banglo mewah yang bersebelahan dengan pantai yang bersinar bagaikan permata di bawah cahaya matahari dan deruan ombak yang menenangkan. Pembantu rumahku mengejutku saat pagi menjelang tiba. "Cik Emmalynnae,bangun sudah pagi. Bersiap-siap untuk ke sekolah. Dah pukul 6 pagi," kejut pembantuku. "Emm... baiklah," jawabku. Aku terus mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh kemudian terus mencapai tuala untuk mandi.

             Aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Aku menikmati sarapan pagi bersama papa. Suasana di meja makan sangatlah senyap walaupun kesemua pembantu mengelilingi meja tersebut. Papa bersuara, "Emma... papa harus menemankan raja untuk ke negeri jiran kerana-,". "Tidak usah menerangkannya lagi. Emma tahu papa tidak sayangkan mama dan Emma. Mama baru sahaja pergi meninggalkan kita! Papa pula hanya fikirkan tentang kerja,kerja,kerja!" Aku tidak pernah kisah dan faham tentang pekerjaan papaku sebagai penasihat diraja tetapi... bukankah ini keterlaluan?

             
"... dan papa akan pergi buat masa yang sangat lama. Jadi,kamu akan berada di bawah penjagaan pemaisuri memandangkan kamu masih kecil lagi untuk menguruskan diri dan papa tiada kenalan lain selain raja," HAH?! Apakah semua ini? Aku akan tinggal bersama dengan kerabat diraja?
                                                      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

               
Aku tidak dapat memberikan tumpuan kepada apa yang diajarkan oleh guruku. Fikiranku runsing. Mama... andai mama ada di sini lagi pasti takkan aku lepaskan segala peluang untuk bersamanya. Mengapa semua ini harus terjadi saat aku masih lagi di alam remaja? Saat-saat aku untuk mencari diriku yang sebenar. Segala janji yang ku katakan kepada mamaku tidak dapat aku kotakan.


                "Mama,dah besar nanti Emma akan berikan mama sebuah kapal terbang peribadi supaya kita sekeluarga dapat meneroka dan melancong bersama-sama,"..." Mama,dah besar nanti Emma akan menjadikan impian mama menjadi kenyataan untuk membuka sebuah pusat khas kepada golongan yang tidak bernasib baik," Argh,segala kataku kepada mama bermain dalam fikiranku!


               "Mari kita lihat pelajar contoh kita menjawab soalan ini. Emma,boleh kamu datang ke hadapan dan jawab soalan ini?" kata guruku. Segala fikiranku lesap saat guruku meminta aku untuk menjawab soalan di hadapan. "Ah.. emm.. s-saya.. ah.. saya minta maaf. Saya tidak menumpukan perhatian sebentar tadi," kataku dengan gagap sekali. "Emma,saya tahu kamu ialah pelajar contoh dan kamu dapat memahami semua ini hanya dengan sekilas pandang sahaja. Tetapi,kamu jangan terlalu selesa dengan pencapaian kamu sekarang. Jangan jadi sombong. Segala apa yang kamu ada boleh hilang dengan sekelip mata sahaja,"

                Loceng berbunyi. Akhirnya aku dapat pergi dari tempat ini. Semua pelajar berbisik-bisik saat aku berjalan menuju ke tempat menunggu. "Eh,dengar tak cerita yang mama Emma sudah meninggal dunia?"... "Apa? Kasihannya. Tentu susah buatnya untuk mengharungi hidupnya lagi. Tetapi,ini juga berita baik kerana aku dapat mengambil gelaran Emma sebagai pelajar contoh,"... "Pasti ini terjadi kerana mamanya tidak sayangkan Emma lagi. Hahaha..." Aku dengar apa yang kamu semua katakan. Berhenti,berhenti,berhenti... Apakah ini? Mengapa pipiku terasa basah? Air mata sudah berlinang di pipiku. Alhamdulillah,pemanduku sudah tiba. Tak usah lagi aku mendengar kata-kata mereka yang bongkak ini.


                 
Akhirnya,tiba juga di rumah. Aku hanya ingin ke bilik aku dan menangis. Aku tidak mahu fikirkan tentang semua ini lagi. Tiba-tiba,papa muncul di muka pintu menyambutku pulang. Tidak pernah aku lihat papa sebegini. Ah,siapa kisah papa mesti sengaja berkelakuan sebegini kerana perkara yang terjadi pagi tadi. Esok,lusa papa pasti akan lakukan perkara yang biasa. "Bagaimana dengan sekolah tadi? Sebelum itu,papa ingin ingatkan kamu bahawa esok kamu akan ke istana. Jadi,kamu harus bersiap dengan kemas," kata papa.