Tuesday, December 21, 2010

Pengalaman ke Melaka

            Selang beberapa hari,kami sekeluarga melancong ke Melaka. Kami menaiki kereta ke Melaka. Sebelum kami bertolak,kami mengemas baju dan barang-barang yang diperlukan ke sana. Kami di sana selama beberapa hari. Tujuan kami ke sana kerana ayah saya ada kerja.


             Saya sangat gembira dan teruja macam jakon melihat temapat menarik. Semasa perjalanan itu kami juga sedang sibuk melihat hotel-hotel. Setelah jumpa sebuah hotel yang berdekatan,ayah turun dari kereta lalu ke kaunter. Ayah bertanya tentang bilik kosong. Apabila kakak kaunter itu berkata ada,kami terus mengeluarkan barang-barang di dalam kereta. Semasa kami mengeluarkan barang-barang ayah mengambil kunci bilik hotel. Kami membawa beg itu naik menggunakan lif yang disediakan.



              Pada waktu malam, kami sekeluarga ke Taming Sari. Ayah membuat persediaan untuk memainkan trumpet,ayah saya adalah seorang pemuzik combo di RTM. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menaiki Menara Taming Sari. Kami juga bergambar.



               Apabila sudah sampainya waktu pulang dari Melaka,kami juga tidak lupa untuk membeli cenderamata. Kami pulang dengan perasaan yang gembira. Kami tidak boleh lupakan pengalaman itu.


=Betulakan semula cerita semasa berumur enam tahun. :)

No comments:

Post a Comment