Monday, June 8, 2015

Teringin menjadi puteri lagi



            Aku memang angan-angan ingin menjadi seorang puteri. Tetapi,itu hanya angan-angan sahaja. Aku selalu sangat tonton cerita Barbie atau cerita kegemaranku. Just because I'm wearing a beautiful dress,I think I'm a princess.

           Aku sudah darjah lima masih lagi angan-angan nak jadi princess lah sangat. Aduhai... tak tahu ke aku ni dah besar. Tapi,dalam sudut hati aku teringin nak memakai gaun,rantai,gelang,cincin dan macam-macam aksesori lagi. Selalu sangat aku pergi Google untuk melihat gambar mahkota.

        Mungkin sekejap sahaja angan-angan ni. Tetapi,susahnya nak melepaskan. Sepatutnya,aku manfaatkan masa kecil ni untuk aku belajar,bukan berangan! Cita-cita aku nak menjadi doktor bukan 'princess'.

        Kawan-kawan pun ada yang suka nak buat aku naik angin,just because I tell them that I want to be a princess. Ada yang mengatakan aku kuat berangan,tak sedar diri macam-macam lagilah. Tetapi,satu je yang aku nak cakap "tak salah kalau kita jadi diri sendiri,walaupun orang kata tak masuk akal".

         Orang lain pun mesti ada apa yang dia suka,walaupun dia tahu tu tak masuk akal. Sebernanya,aku teringin sangat kawan yang setia dengan aku. Yang sedia mendengar cerita aku yang tak masuk akal.

No comments:

Post a Comment