Saturday, September 19, 2015

Siapa SAYA Sebernanya?

     Nama saya Haleeda binti Mohamad Saufi. Panggil saya Eeda. Korang mesti nak tahu siapa saya sebernanya.

     
Saya seseorang yang agak pemalu dengan seseorang yang saya tidak kenal ataupun orang yang saya suka. Saje jelah. Mana ada.  Saya tidak kisah dengan siapa saya berkawan sama ada kawan saya itu cantik atau tidak. Saya pun bukanlah cantik sangat kan? Saya tidak kisah rupa paras mereka,tetapi saya kisah adab mereka. Walaupun kawan saya ada yang agak nakal sedikit. Saya tidak tahu sama ada saya ada musuh atau tidak. Sebab bagi saya semua orang baik di pandangan mata saya.

     
Saya jenis orang yang pemalas,suka cari pasal,membuat orang sakit hati,menyusahkan orang dan saya jenis orang keras kepala (tidak menerema nasihat). Saya tak kisah orang nak kata apa dekat saya,nasihat apa dekat saya. Saya anggap saya ini betul sahaja. Saya mesti cuba lakukan yang terbaik apabila  mendengar nasihat orang walaupun saya tak terima. Itu hanya luaran sahaja.

       Dah cerita pasal luaran,masuk dalam dalaman. Dalaman saya,saya ini yang paling baik,yang paling comel,yang paling prihatin,yang paling cantik,yang paling rajin,yang paling lawak,yang paling sopan. Sebab saya tahu saya ini seorang puteri. Walaupun saya bukan puteri asli,tetapi saya rasa semua boleh jadi puteri sebab kita ini kan sebumbung. Tuhan kita sama. Kita semua dicipta dengan tanah.

      Saya rasa apa yang saya miliki dah lebih dari cukup. Saya ni pun bukan orang jenis bersyukur. Selalu merungut bila tidak dapat sesuatu kejayaan atau apa yang saya minta. Padahal,orang di luar sana tak minta apa-apa kerana mereka rasa semua sudah cukup. Tetapi saya nak jadi sempurna di pandangan semua orang walaupun saya tak sempurna.

      Saya nak seseorang tolong saya mencapai cita-cita saya:
    i.Doktor yang naik ke angkasawan
   ii.Pkritik tentang kes jenayah semasa saya menjadi doktor.
  iii.Pelakon sebab saya nak rasa semua kehidupan kaya,miskin,sederhana.
  iv.Penyanyi yang mempunyai satu group bernama 6 Sahabat.

                             
                     -SEKIAN,TERIMA KASIH-

Yang Benar,
Haleeda Saufi

2 comments: